Pengenalan

SEKSYEN 36, AKTA 829 MENYATAKAN BAHAWA
Seksyen 36(1) Walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pembeli dengan pemaju, tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020 hendaklah dikecualikan daripada pengiraan-

  1. tempoh liabiliti kecacatan selepas tarikh pembeli mengambil pemilikan kosong kediaman perumahan; dan
  2. masa bagi pemaju untuk menjalankan kerja-kerja membaiki dan menyempurnakan kecacatan, pengecilan dan kekurangan lain pada kediaman perumahan.

Seksyen 36(2) Pembeli boleh memohon kepada Menteri bagi suatu pelanjutan tempoh yang disebut dalam subseksyen (1).

Seksyen 36(3) Apabila mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (2), Menteri boleh, jika Menteri berpuas hati bahawa masa tambahan dikehendaki oleh pembeli, melalui arahan bertulis, mengecualikan tempoh sehingga 31 Disember 2020 daripada pengiraan-

  1. tempoh liabiliti kecacatan selepas tarikh pembeli mengambil pemilikan kosong kediaman perumahan; dan
  2. masa bagi pemaju untuk menjalankan kerja-kerja membaiki dan menyempurnakan kecacatan, pengecilan dan kekurangan lain pada kediaman perumahan.

SEKSYEN 38E, AKTA A1641 MENYATAKAN BAHAWA
Walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemaju dengan pembeli, berhubung dengan mana-mana pemajuan perumahan, tempoh dari 1 Jun 2021 hingga 31 Oktober 2021 hendaklah dikecualikan daripada pengiraan–

  1. Tempoh liabiliti kecacatan selepas tarikh pembeli mengambil pemilikan kosong suatu kediaman perumahan;
  2. Tempoh liabiliti kecacatan selepas tarikh kemudahan bersama disiapkan; dan
  3. Masa bagi pemaju untuk menjalankan kerja-kerja membaiki dan menyempurnakan apa-apa kecacatan, pengecilan dan kekurangan lain pada suatu kediaman perumahan dan kemudahan bersama.