Dalam Bahagian ini –
‘perjanjian’ ertinya perjanjian bagi kontrak bagi jual beli kediaman perumahan dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual G,H,I dan J Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)1989; dan
‘perjanjian pertama’ ertinya perjanjian yang pertama dibuat antara pembeli dengan pemaju bagi suatu kediaman perumahan berhubung dengan suatu pemajuan perumahan di bawah satu lesen pemaju perumahan dan satu permit iklan dan jualan.
Berdasarkan peruntukan di atas, adalah perlu Seksyen 11 (1B), Peraturan–Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) turut dirujuk iaitu:
Subperaturan (1) dan (1A) [Jadual G, H, I, J] tidak terpakai jika pada masa suatu kontrak jualan disempurnakan, perakuan siap dan pematuhan bagi sesuatu rumah tempat tinggal itu telah dikeluarkan dan salinan yang disahkan bagi perakuan itu telah diserahkan kepada pembeli.
Senario 1 - Membeli rumah yang telah siap selepas tarikh Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance – CCC).
Syarikat Pemaju telah membina 300 unit rumah, dan terdapat 25 unit rumah masih belum dapat dijual walaupun telah siap dibina pada 31 Julai 2019 . Pada 1 Ogos 2019 , projek tersebut telah mendapat CCC. En.Ali telah melihat iklan berkaitan penjualan rumah ini dan telah menandatangani Perjanjian Jual Beli (PJB) pada 12 Ogos 2019 .
Memandangkan PJB ditandatangani selepas CCC dikeluarkan, maka PJB En. Ali tidak tertakluk di bawah Akta 118. Oleh itu, En. Ali tidak layak untuk pelanjutan tempoh DLP di bawah Seksyen 38E, Akta A1641 (Pindaan) 2022.
Senario 2 - Menandatangani PJB sebelum tarikh Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance – CCC).
Encik Abu menandatangani PJB pada 3 Februari 2019 dan CCC dikeluarkan pada 4 Februari 2019 .
Memandangkan PJB ditandatangani sebelum CCC dikeluarkan, maka PJB itu tertakluk di bawah Akta 118. Oleh itu, En. Abu layak untuk pelanjutan tempoh DLP di bawah Seksyen 38E, Akta A1641 (Pindaan) 2022.
Saya telah baca dan memahami Bahagian A di atas.