Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah akibat Pandemik Covid-19.
Salah satunya adalah Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829] yang telah diwartakan 23 Oktober 2020. Seterusnya, suatu pindaan [Akta A1641] terhadap akta ini telah dibuat dan diwartakan pada 13 Januari 2022.
Kedua-dua Akta 829 serta Akta A1641 bertujuan memberi relif kepada obligasi kontrak yang tidak dapat dilaksanakan akibat langkah-langkah Kerajaan untuk menangani penularan pandemik COVID-19 bagi tempoh yang telah ditetapkan.
Di bawah Akta 829 dan Akta A1641 (Pindaan) 2022 ini, terma berkaitan tempoh liabiliti kecacatan di bawah Perjanjian Jual Beli (Jadual G,H,I dan J), Akta 118 yang ditandatangani sebelum 18 Mac 2020 dan sebelum 1 Jun 2021
adalah diubahsuai bagi mengambilkira ketidakupayaan pihak pembeli dan pemaju di dalam melaksanakan obligasi kontrak di bawah Perjanjian Jual Beli tersebut.