PANDUAN MEMOHON SEKSYEN 36(2) DAN 36(3), AKTA 829

Syarat-syarat untuk kelayakan untuk pelanjutan dibawah Seksyen 36(2) dan 36(3), Akta 829 adalah seperti berikut:

  • Pembeli yang telah LAYAK mendapat pengecualian tempoh liabiliti kecacatan di bawah Seksyen 36(1) Akta 829 sahaja boleh memohon untuk pelanjutan di bawah Seksyen 36(2) dan 36(3) Akta 829.

    Seksyen 36(2) dan 36(3) adalah TIDAK TERPAKAI bagi pembeli yang TIDAK LAYAK di bawah Seksyen 36(1); DAN

  • Syarat lain yang ditentukan oleh YB Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ialah:

    Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan perumahan tersebut dalam tempoh 1 September 2020 hingga 31 Disember 2020 beserta bukti (pembeli perlu memuat naik dokumen arahan PKPD dari pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) / Pejabat Daerah/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan yang berkaitan; DAN

    Nota

    Mengikut Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure-SOP) PKPD, tiada sebarang aktiviti ekonomi boleh dilaksanakan di tempat yang diisytiharkan PKPD sepanjang tempoh PKPD tersebut.

  • PKPD berlaku dalam tempoh DLP masih berkuatkuasa (tempoh DLP masih belum tamat).

    SENARIO 1:
    TARIKH PJB 6 Julai 2016
    TARIKH VP 5 Julai 2018
    TARIKH TAMAT DLP ASAL 4 Julai 2020
    TEMPOH PELANJUTAN BAWAH SEKSYEN 36(1) 4 Julai 2020 + 167 Hari
    TARIKH TAMAT DLP BAHARU BAWAH SEKSYEN 36(1) 18 Disember 2020
    TEMPOH PKPD 1 – 14 Oktober 2020 (14 Hari)
    TEMPOH PELANJUTAN BAWAH SEKSYEN 36(2) DAN 36(3) 19 Disember 2020 + 14 Hari
    (14 hari termasuk 19 Disember 2020)
    TARIKH TAMAT DLP BAHARU BAWAH SEKSYEN 36(2) DAN 36(3) 6 Julai 2016
    Nota

    Layak memohon di bawah Seksyen 36(2) dan (3), Akta 829 kerana PKPD berlaku dari tempoh 1 – 14 Oktober 2020 iaitu sebelum tarikh tamat DLP baharu pada 18 Disember 2020.

    SENARIO 2:
    TARIKH PJB 3 Julai 2016
    TARIKH VP 2 Julai 2018
    TARIKH TAMAT DLP ASAL 1 Julai 2020
    TEMPOH PELANJUTAN BAWAH SEKSYEN 36(1) 1 Julai 2020 + 167 Hari
    TARIKH TAMAT DLP BAHARU BAWAH SEKSYEN 36(1) 15 Disember 2020
    TEMPOH PKPD 17 – 30 Disember 2020 (14 Hari)
    Tidak Layak Mohon
    Nota

    Tidak layak mohon di bawah Seksyen 36(2) dan (3), Akta 829 kerana PKPD berlaku pada 17 – 30 Disember 2020, iaitu selepas tarikh tamat tempoh DLP baharu iaitu pada 15 Disember 2020.

    SENARIO 3:
    TARIKH PJB 3 Julai 2016
    TARIKH VP 2 Julai 2018
    TARIKH TAMAT DLP ASAL 1 Julai 2020
    TEMPOH PELANJUTAN BAWAH SEKSYEN 36(1) 1 Julai 2020 + 167 Hari
    TARIKH TAMAT DLP BAHARU BAWAH SEKSYEN 36(1) 15 Disember 2020
    TEMPOH PKPD 10 – 24 Disember 2020 (14 Hari)
    Layak Mohon bagi tempoh sehingga 15 Disember 2020 sahaja.
    TARIKH TAMAT DLP BAHARU DI BAWAH SEKSYEN 36(2) DAN 36(3) 25 Disember 2020 + 6 hari = 30 Disember 2020
    (6 hari termasuk 25 Disember 2020)
    Walaupun tarikh tamat DLP adalah pada 15 Disember 2020 tetapi bagi pengiraan ini tarikh tamat PKPD (24 Disember 2020) akan diambil kira
    Nota

    Layak memohon di bawah Seksyen 36(2) dan (3), Akta 829 bagi 10 -15 Disember 2020 ( 6 hari sahaja) kerana PKPD bermula 10 Disember 2020 tetapi tarikh DLP baharu tamat pada 15 Disember 2020. Walaupun tarikh tamat DLP adalah pada 15 Disember 2020 tetapi bagi pengiraan ini tarikh tamat PKPD (24 Disember 2020) akan diambil kira. Ini adalah kerana pihak pemaju tidak boleh masuk ke kawasan tersebut untuk membuat pembaikan sehingga tamat PKPD.

    SENARIO 4:
    TARIKH PJB 10 Februari 2018
    TARIKH VP 27 Januari 2019
    TARIKH TAMAT DLP ASAL 26 Januari 2021
    TEMPOH PELANJUTAN BAWAH SEKSYEN 36(1) 26 Januari 2021 + 167 Hari
    TARIKH TAMAT DLP BAHARU BAWAH SEKSYEN 36(1) 12 Julai 2021
    TEMPOH PKPD 5 – 18 Disember 2020 (14 Hari)
    TARIKH TAMAT DLP BAHARU DI BAWAH SEKSYEN 36(2) DAN 36(3) 13 Julai 2021 + 14 hari = 26 Julai 2021
    (14 hari termasuk 13 Julai 2021)
    Nota

    Layak memohon di bawah Seksyen 36(2) dan 36(3), Akta 829 kerana PKPD berlaku dalam tempoh 1 September 2020 hingga 31 Disember 2020 dan tempoh DLP masih berkuatkuasa (12 Julai 2021).


Saya telah baca dan memahami Bahagian A di atas.

  • Untuk Seksyen 36(2) dan 36(3), Akta 829, sila isi BORANG BUTIRAN PEMBELI UNTUK PERMOHONAN PELANJUTAN DLP DI BAWAH SEKSYEN 36(2) DAN 36(3), AKTA 829 (Borang D) dan mengemukakan semua maklumat dan dokumen yang berkaitan.

  • Permohonan hanya boleh diproses setelah semua maklumat BORANG BUTIRAN PEMBELI UNTUK PERMOHONAN PELANJUTAN DLP DI BAWAH SEKSYEN 36(2) DAN 36(3), AKTA 829 (Borang D) di isi.

  • Semua maklumat yang di isi di dalam BORANG BUTIRAN PEMBELI UNTUK PERMOHONAN PELANJUTAN DLP DI BAWAH SEKSYEN 36(2) DAN 36(3), AKTA 829 (Borang D) mestilah tepat dan benar.


  • Saya telah baca dan memahami Bahagian B di atas.

CARTA ALIRAN PERMOHONAN BAGI KELULUSAN DLP SEKSYEN 36(1) AKTA 829

Nota

Sekiranya tidak menyimpan nombor rujukan kelulusan di bawah Seksyen 36(1), Akta 829, sila klik pautan berikut: xxxxxxxx


Saya telah baca dan memahami Bahagian C di atas.

  • Sekiranya pemaju tidak mematuhi pengecualian tempoh liabiliti kecacatan seperti diluluskan oleh YB Menteri KPKT mengikut Seksyen 36(2) dan 36(3) Akta 829 bagi menggantikan tempoh yang dikecualikan (pelanjutan), pembeli boleh mengemukakan aduan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Sistem Aduan Bersepadu KPKT : https://aduan.kpkt.gov.my/ atau memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR).


Saya telah baca dan memahami Bahagian D di atas.

Saya telah baca dan memahami Bahagian A sehingga D di atas.

Jumlah Dilawati :