Soalan Lazim

Tuan boleh membuat semakan dan pengesahan tarikh tamat baharu DLP tersebut melalui pautan dlp.kpkt.gov.my

Sekiranya pemaju tidak mematuhi pengecualian DLP dalam tempoh 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020 dan pelanjutan DLP bagi menggantikan tempoh yang dikecualikan, tuan boleh mengemukakan aduan ke KPKT melalui Sistem Aduan Bersepadu (SAB), KPKT di pautan https://aduan.kpkt.gov.my atau memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR), KPKT.

Mengikut Akta 829 ini, tuan tidak layak mendapat pengecualian tempoh liabiliti kecacatan bagi unit rumah tuan tersebut memandangkan tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan tamat pada 14 Mac 2020 iaitu sebelum tempoh pengecualian yang ditetapkan iaitu di antara 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Walau bagaimanapun, tuan layak mendapat lanjutan tempoh liabiliti kecacatan bagi harta bersama memandangkan tarikh tamat liabiliti kecacatan kemudahan bersama tersebut tamat pada 1 Januari 2021 dan tempoh tersebut telah melalui tempoh pengecualian sepertimana ditetapkan dalam Akta 829.

Sehubungan itu, tuan boleh membuat semakan dan pengesahan tarikh tamat baharu DLP dengan mengisi Borang C1/ C2 melalui pautan dlp.kpkt.gov.my.

Mengikut Seksyen 35(4), Akta 829 menyatakan bahawa “Walau apa pun apa-apa Perjanjian yang dibuat antara pembeli dengan pemaju, sekiranya pembeli itu tidak boleh mengambil pemilikan untuk menduduki suatu kediaman perumahan dari tarikh penyampaian suatu notis untuk mengambil pemilikan kosong daripada pemaju itu semasa tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020 atau apa-apa tempoh pelanjutan yang diberikan di bawah subseksyen (3), pembeli itu tidak boleh disifatkan telah mengambil pemilikan kosong itu”.

Berdasarkan klausa di atas, tarikh DLP tuan akan bermula pada 1 September 2020. Sehubungan itu, tuan boleh membuat semakan lanjut dengan mengisi borang melalui pautan dlp.kpkt.gov.my.

Tuan akan layak sekiranya memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Telah mendapat tarikh DLP baharu; dan
  • Telah mengemukakan aduan kepada pemaju dalam tempoh DLP; dan
  • Tuntutan kepada Tribunal dibuat tidak lewat daripada 12 bulan dari tarikh tamat tempoh DLP

Berikut adalah fasa pelaksanaan sistem bagi semakan kelayakan di bawah Seksyen 36, Akta 829:

Seksyen Fasa Tarikh
36(1) 1 6 Mei 2021
36(2) & 36(3) 2 Julai 2021

Tuan akan layak sekiranya memenuhi kriteria-kriteria berikut:

Hanya salah satu (1) nama pembeli sahaja yang perlu diisi kerana keputusan kelayakan adalah berdasarkan kepada unit rumah tersebut.

Tuan akan layak sekiranya memenuhi kriteria-kriteria berikut:

Tuan boleh membuat pertanyaan dan mendapatkan sesalinan CCC daripada pemaju perumahan.

Penyataan pemaju adalah tidak tepat kerana Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829] telah mengubahsuai terma berkaitan tempoh liabiliti kecacatan di bawah Akta 118. Oleh itu, pengecualian masa kerana Covid-19 telah diberikan kepada pembeli. Disebabkan oleh pengecualian masa ini, maka tarikh tamat DLP baharu diberi. Dengan itu, pemaju hendaklah melaksanakan obligasi kontrak dalam tempoh masa DLP baharu sepertimana tempoh masa DLP asal.

Sehubungan itu, pembeli yang mendapat tarikh tamat DLP baharu di bawah Seksyen 36(1), Akta 829 boleh mengemukakan aduan/notis kecacatan yang baharu dalam tempoh masa DLP baharu tersebut.

Sekiranya pemaju tidak mahu melaksanakan obligasi kontrak dalam tempoh masa DLP baharu tersebut, pembeli boleh mengemukakan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR), KPKT.

Jawapan (Berdasarkan Contoh Situasi):

Perjanjian Jual Beli (Jadual G dan Jadual H) di bawah Akta 118 telah memperuntukkan tempoh liabiliti kecacatan selama 24 bulan dan tempoh 24 bulan tersebut dikira selepas tarikh pembeli mengambil pemilikan kosong. Bagi melindungi kepentingan pembeli, butiran 5(b) Jadual Ketiga dalam Perjanjian Jual Beli menetapkan bahawa jumlah wang sebanyak 2.5% yang dipegang oleh peguam cara pemaju sebagai pemegang kepentingan hendaklah dibayar kepada pemaju apabila habis tempoh 24 bulan selepas tarikh pembeli mengambil pemilikan kosong.

Walau bagaimanapun, Akta 829 telah mengubahsuai terma berkaitan tempoh liabiliti kecacatan dalam Perjanjian Jual Beli di bawah Akta 118 dengan mengecualikan tempoh 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020 [Seksyen 36(1)] dan tempoh 1 September 2020 hingga 31 Disember 2020 [Seksyen 36(2) dan 36(3)] daripada pengiraan tempoh liabiliti kecacatan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Sehubungan itu, bagi pembeli-pembeli yang layak mendapat pengecualian tempoh liabiliti kecacatan sama ada di bawah Seksyen 36(1) atau Seksyen 36(2) dan 36(3), tempoh pengecualian tersebut tidak akan diambilkira dalam pengiraan tempoh liabiliti kecacatan.

Oleh yang demikian, jumlah wang sebanyak 2.5% yang dipegang oleh peguam cara pemaju sebagai pemegang kepentingan hendaklah dibayar kepada pemaju apabila habis tempoh 24 bulan selepas tarikh pembeli mengambil pemilikan kosong di mana pengiraan tempoh 24 bulan tersebut tidak termasuk tempoh pengecualian di bawah Akta 829.

Dalam situasi ini, jumlah wang sebanyak 2.5% yang dipegang oleh peguam cara pemaju sebagai pemegang kepentingan hendaklah dipegang sehingga tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan baharu di bawah Seksyen 36(1), Akta 829 iaitu sehingga 29/11/2021 dan dibayar kepada pemaju selepas tarikh tersebut.

Pembeli boleh memuat naik dokumen arahan PKPD dari pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) / Pejabat Daerah / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sumber-sumber rasmi yang berkaitan.

Pembeli boleh membuat permohonan bagi kedua-dua tempoh PKPD tersebut sekiranya pembeli memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk pelanjutan dibawah Seksyen 36(2) dan 36(3), Akta 829.

Tuan boleh mengemukakan sebarang pertanyaan melalui:

Email: dlpjpn@kpkt.gov.my
No Faks: 03-88914226
No Tel: 03-88914287 / 03-88914476
(Isnin - Khamis: 8.30 pagi - 12.30 tengahari & 2.00 petang - 4.30 petang)
(Jumaat: 8.30 pagi - 12.00 tengahari & 2.45 petang - 4.30 petang)

Tuan layak mendapat pelanjutan tempoh liabiliti kecacatan (DLP) di bawah Seksyen 38E, Akta A1641 sekiranya menepati syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Seksyen 38E, Akta A1641. Sila rujuk Panduan Permohonan melalui pautan dlp.kpkt.gov.my

Tuan layak mendapat lanjutan tempoh liabiliti kecacatan bagi harta bersama kerana tarikh tamat liabiliti kecacatan semasa* bagi harta bersama tersebut tamat selepas 1 Jun 2021.

Sehubungan itu, tuan boleh membuat semakan dan pengesahan tarikh tamat DLP baharu bagi harta bersama di bawah Seksyen 38E, Akta A1641 melalui pautan dlp.kpkt.gov.my.

Nota * tempoh tamat liabiliti kecacatan semasa merujuk kepada :

  • tempoh tamat DLP asal;
  • Telah menerima lanjutan dan mendapat tarikh tamat DLP baharu di bawah seksyen 36(1),36(2),36(3), Akta 829.

Mengikut Seksyen 38D, Akta A1641 menyatakan bahawa ‘Walau apa pun apa-apa perjanjian yang dibuat antara pemaju dengan pembeli, jika disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19, pembeli tidak dapat mengambil pemilikan suatu kediaman perumahan dari tarikh penyampaian suatu notis untuk mengambil pemilikan kosong daripada pemaju semasa tempoh dari 1 Jun 2021 hingga 31 Oktober 2021 atau apa-apa tempoh pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen 38c(2), pembeli itu tidak boleh disifatkan telah mengambil pemilikan kosong itu.

Berdasarkan klausa di atas, tarikh DLP tuan bermula pada 1 November 2021. Sehubungan itu, tuan boleh membuat semakan lanjut dengan mengisi borang melalui pautan dlp.kpkt.gov.my.

Sekiranya pemaju tidak mematuhi pengecualian DLP dalam tempoh 1 Jun 2021 hingga 31 Oktober 2021 dan pelanjutan DLP bagi menggantikan tempoh yang dikecualikan, tuan boleh mengemukakan aduan ke KPKT melalui Sistem Aduan Bersepadu (SAB), KPKT di pautan https://aduan.kpkt.gov.my memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR), KPKT.

Tuan akan layak sekiranya memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Telah mendapat tarikh DLP baharu; dan
  • Telah mengemukakan aduan kepada pemaju dalam tempoh DLP; dan
  • Tuntutan kepada Tribunal dibuat tidak lewat daripada 12 bulan dari tarikh tamat tempoh DLP